This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, December 29, 2009

Penapis Air Imtiyaaz... Meh dapatkan dari saya




Salam kepada saudara-saudaraku,



Kali ini saya ingin memperkenalkan Penapis Air Imtiyaaz NANO Alkaline Treatment System. Penapis air yang sangat bersesuaian dan relevan untuk seisi rumah kerana minum air Berteknologi Nano IMTIYAAZ mampu meningkatkan sistem metabolisma badan. Air Berteknologi Nano IMTIYAAZ bukan sahaja dapat memberi tenaga tambahan malah ia juga dapat meningkatkan daya ketahanan badan kita serta mencegah penyakit-penyakit moden. Air yang terhasil dari Penapis Air IMTIYAAZ mengandungi 5 kelebihan yang utama:

1. Mengandungi tahap alkali yang tinggi yang berupaya menyingkirkan segala toksid dalam badan hasil daripada pemakanan yang tidak seimbang.

2. Mengandungi kadar oksigen dan mineral yang tinggi yang diperlukan oleh badan manusia.

3. Molekul air yang halus (Teknologi NANO) dan mudah diserap oleh badan manusia.

4. Bersih, selamat dan tidak mengandungi kandungan yang membahayakan kesihatan.

5. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari sumber yang halal & suci dan boleh diminum tanpa was-was.





MURAH tapi Berkualiti setaraf dengan JENAMA yang MAHAL.

Pemasangan dan penyelenggaraan yang MUDAH dan MURAH.

PASTI BESSSSSTTTTT punyer

HARGA : RM 598.00 SAHAJA

Maka boleh dapatkan dengan saya atau hubungi saya terus YE

Mahluddin Sahrin


Apakah dia Imtiyaaz NANO Alkaline Treatment System?



Teknologi kesihatan pada abad ke-21 menggunakan air Berteknologi NANO yang sangat baik untuk kesihatan. Air Berteknologi NANO dihasilkan melalui teknologi bio-ware yang menggabungkan Bio seramik semulajadi jepun dengan kadar ketulenan yang tinggi, serta bahan plastik berkualiti. Air Berteknologi yang mengandungi NANO yang kaya dengan oksigen dimana ia adalah dalam butiran molekul air yang sangat halus. Cara pemprosesan berteknologi tinggi akan menghasilkan tenaga nano di dalam air yang dipanggil Air berteknologi NANO.

Apakah pertalian di antara bahan NANO tenaga?


Bila molekul elemen menjadi kian kecil, electron yang menyelubungi atom-atom pada elemen-elemen akan menjadi aktif. Oleh itu, bahan yang berlainan elemen-elemen bila bersaiz nanometer, ia akan menghasilkan medan elektrik yang aktif yang dipanggil medan tenaga.


Big water molecule clusters (H2O) which are not easily absorbed into body cell. Molekul yang besar dan berselerak tidak dapat menembusi sel-sel badan kita, tetapi molekul yang tersusun dan kecil dapat menembusi sel-sel daral dengan mudah dan memperbaiki sistem metabolisme dan perrtahanan badan.

Energy water with small water molecule clusters (H2O) are easily absorbed into the body’s cell. Its high solubility effectively enhance the absorption of nutrient by our body.

Molekul yang kecil menembusi sel-sel badan membekalkan oksigen yang secukupnya, demi membantu memperbaiki pengaliran darah dan meningkatkan daya hidup sel tubuh, memberi anda gaya hidup yang sihat.

High dissolving power of energy water, binds to the waste toxins in our bodies and “flushes” them our through urine, sweat and etc.

Akhirnya molekul-molekul kecil menyingkirkan toksin di sel-sel dan dikeluarkan melalui sistem pembuangan badan.

Sumber : http://www.imtiyaazwater.com/

Sunday, December 27, 2009

Tangan Memberi


Gambar Hiasan

Buatlah kebaikan kerana ia akan "terus hidup" selepas kita mati. Ingatlah bahawa ada amalan kebaikan yang kita lakukan, pahalanya terus kekal & mengalir walaupun selepas kematian kita. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seseorang manusia itu, akan terputus daripadanya segala amalannya kecuali 3 perkara; iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan & anak soleh yang senantiasa mendoakannya." (Riwayat Muslim no.4310)


Mari kita teliti ketiga-tiga perkara dalam hadis ini.



Pertama, amal jariah. Bagaimana kita mapu membina rumah anak yatim, masjid, sekolah, hospital & lain-lain jika kita tidak memiliki sikap MEMBERI kepada orang lain? Orang yang bakhil tidak akan melakukannya. Mereka seolah-olah ingin membawa harta pulang ke kubur!



Kedua, ilmu yang bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain. Ilmu hanya akan menjadi amal jariah sekiranya kita mengajarkannya kepada orang lain. Mengajar itu ertinya MEMBERI ilmu. hadis inilah yang menjadi prinsip hidup para ulama yang mana hidup mereka dipenuhi oleh episod mencar, memahami & menyampaikan ilmu. Bertitik tolak daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat" (Riwayat al-Bukhari no.3274)



Ketiga, doa daripada anak yang soleh. Ianya terhasil oleh sikap MEMBERI ibu atau bapa. Dengan segala jerih payah ibu bapa mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan anak; dari aspek fizikal, pemikiran, emosi & kerohanian anak-anak. Untuk itu, ibu bapa rela memberi segala-galanya untuk anak. Hasilnya, anak itu menjadi anak yang soleh. Tanpa sikap memberi ibu bapa, tidak akan terbentuk anak yang soleh. Ingatlah betapa Allah melimpahkan ke dalam jiwa ibu bapa sifat kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan anak-anak yang lain. Malah, jika anak meragam, memberontak malah serhaka sekalipun, masih ada ibu bapa yang berbakti (memberi) kepada anak-anak tanpa meminta balasan. Dilimpahkan juga ke dalam jiwa ibu bapa sifat rajin, prihatin, simpati & empati yang tidak terhingga. Sewaktu anak masih kecil, segala keperluannya diberikan. Ibu menjaga anak siang & malam-menyusukan, memandikan & memakaikan pakaian-satu tugas yang dilakukan berulang-ulang tanpa rasa jemu. Bapa, akan sentiasa bekerja memerah keringat untuk menyara hidup keluarga tanpa rasa jemu, letih & bosan.



Bukankah ketiga-tiga di atas berasaskan sifat MEMBERI?

Inilah kebaikan & kelebihan sikap MEMBERI. Manusia berperanan sebagai hamba Allah & khalifah di bumi. Sebagai hamba, kita mesti menjadi manusia yang baik. Sebagai khalifah, kita mesti memberi kebaikan. Hanya orang yang baik dapat memberi kebaikan, Dan kita tidak akan menjadi orang baik selagi tidak memberi kebaikan. Bukankah ini membuktikan bahawa hidup ini untuk MEMBERI? Ya memberi kebaikan!



Sumber : Majalah Solusi

Itachi Kembali ... Waaaahhhh



Betul ke Itachi kembali... Meh sama-sama kita tunggu episod minggu depan hehehe

Taniah bagi semua waris qadim dan kerabat tok Mahmud bt 8 Selayang

Alhamdulillah syukur kita kepada Allah kerna hidayah dan taufiknya, kita dapat berkumpul, sama-sama  mengeratkan ukhwah yang sedia ada,yamg rapat kita eratkan yang jauh kita dekatkan . Sekalung taniah diucapkan keluarga- seri maharaja terutamanye AJK hari keluarga tersebut kerana dapat menganjurkan program hari kluargokito seiyo sekato ini dengan jayanya. Penglibatan ahli-ahli keluarga juga amat menggalakkan. Pelbagai aktiviti suka, gembira, seronok dan berbagai lagi ditokok dengan keadaan tempat KEM PERAH FRIM yang selesa, amat sesuai menjadikan hari kluargokito itu boleh dikatokan berjaya semuanya... Rasanya nak sekali lagi pegi ke Hutan Simpan 'Night WALK' untuk dapatkan gambar-gambar yang menarik mengagungkan kebesaran Tuhan.
Di bawah saya sertakan gambar2 ketika dan semasa Hari Kluargokito :


Mesyuarat persiapan terakhir Hari Kluargokito




Abang Ipar den ... Buat mushroom soup.. Chef katakan kene la wat sesuatu




anak sapa  yang main api nie ....





Mak mentua den dan Mak Utih tengah masukkan benang dalam manik hehehe.. Boleh ke tuuu Utih hehehe


Keluarga den hehehe



Tangkap gambar beramai2...






Mak i terer baling  nie hah... Jaga ko Tompok.. (kucing belakang umah hehehe)



Abang Izul tengah kasi taklimat la..



Apa ke bendo tuuuu hehehe.. jangan tak lari ... lari hehehe

 kalo nak tgk gambar lain , layar ke http://s795.photobucket.com/albums/yy239/udinho8/kluargokito2009/...

Nanti DVD gambar akan diberikan pada Abang Naza ye :)

Wednesday, December 23, 2009

Hari Kluargokito 2009



Salam... Selamat bertemu kembali hehehehe.... Sudah lama saya tidak update kan blog nie... ok nie saya nak umumkan ada hari keluarga di FRIM pada 25-26 Dis 2009 nanti. Macam-macam ada antaranya ada camping night walk dan banyak lagi la... Hari keluarga ini adalah anjuran oleh SEMUA WARIS QADIM DAN KAUM KERABAT ALMARHUM TOK MAHMUD, BATU 8 SELAYANG. (keluarga belah isteri saya la) ok Joooom LAyyyyyaaaan hehehehe

Thursday, December 3, 2009

Tudung sarung dan Tudung Petak Versi BanGIviLLE

Di sini ada beberapa contoh tudung.. saya jual !!!!  (Penjual produk HALAL)
Jangan risau  harga tudung adalah murah dan saya pun tak ambil untung pun (komisen tak amik tau tapi kasi pau 1 tudung free dengan pembekal hehehe )... Meh ramai-ramai kita cuba rasa sendiri akan KELEMBUTAN, KEAYUAN, Warna Yang RANGGI dan boleh  Menyebabkan si Suami tersenyum melihat kecomelan Anda nanti ... Itula sebab  kain nya yang cukup ISTimeWa . :)
Sekiranya berminat boleh dapatkan  tudung ini dari saya di OPIS ... .

Kain Sarung ala Ekin


Harga Sehelai : RM 35.00


Tudung Petak


Harga Sehelai : RM 35.00






Bagi kawan2 yang berada di luar OPIS boleh sahaja terus berjumpa dengan saya di rumah atau telefon sahaja :)