This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, March 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Ariff dan Rozalina


Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati


Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati

sumber dari http://istimewa2u.blogspot.com


Di bawah ada gambar orang kajicuaca yang turut memeriahkan majlis ariff...  Bagi en hisham kat perantau tu... Ariff adalah staff ICT tau... jom ok tgk2 gambar hehehe












Monday, March 22, 2010

Belon Di Putrajaya

Belon -belon terbang melayang, terbang melayang di tengah kota, Orang ramai sesaknya piang, meihat bangkul terapung melata lata... Wah ada pertunjukkan belon panas di Putrajaya..


Apa-apa pun tgk map dulu hehehe


Orang putih nie tak ajak pun naik hehehe

Hehehehe... Kita orang pergi jalan2 di putrajaya awal 8.00 pagi,.. Best sejuk dan mendung-mendung gituuu... tapi kita orang parking kita jauh bangat... sebab orang mulai ramai... Ok aku kongsikan gambar untuk tatapan bersama.


Belon nak naik tuuu... pak gurd jaga2 hehehe



Bini deng sempat lagi posing tuuu :)

So kalo nak tgk gambar lagi sila lawat laman ini

Sunday, March 21, 2010

Tangki sudah siap .. ehehehe

Hah.. tangki air baru sudah siap dipasang.... tapi kerja2 menaik taraf ini makan belanja jugak.. RM 800 ringgit tau... Boley tahan mahalnya...

Sunday, March 7, 2010

Umah Deng Bocor...


Salam,

Pada hari sabtu 6hb Mac lepas, aku telah membaiki tangki air di umah. Tangki air bocor la...Namun tak berjaya sebab bocor balik.. banjir rumah aku huhuhu... Sebenarnya Tangki air umah aku sudah lama bocor dan  aku dah panjat dan tampal tempat  yang bocor tuuu 4 bulan lepas.. Tapi tempat tu boooccor balik... Jiran aku kata aku kene ganti je tangki baru... Sebab tampal pun tak guna sebab dia akan bocor kembali... Hmmmm tapi aku dah kira anggran kos nya.. tinggiiii oooohuhuuhu... Banyak kali aku dah cuba betulkan guna silikon la dan sejenis bahan berjenama Hardex (seakan tanah liat)... tak jadi la... huhuhu..



Abis pakir deng rosak



uuuhhhYYyyyoooo banyaknya air

Monday, February 8, 2010

Wak Jawa datang lagi...

WAK SAYA WAK


Pada hari Sabtu hari yang lalu, kami (Fairul, Filus & Fiverul) bermain badminton di Auditorium. Aktiviti yang dirancang cuma bermula pada jam 9.30 pagi. Semua orang menantikan kehadiran WAK (pemain terhandal di kalangan kami). Tetapi malngnya tiada seorang pun daripada kami yang mengetahui status akan kehadiran WAK. Lebih kurang pada jam 10.30 WAK tiba dengan membawa sehelai tuala kecil. Kami tertanya-tanya apakah tujuan WAK membawa tuala itu bersamanya tetapi persoalan itu akhirnya hilang kerana kami begitu teruja untuk menyaksikan WAK yang hebat beraksi. Saat yang dinantikan tiba. WAK masuk ke gelanggang untuk beraksi. Sebaik sahaja set pertama tamat, WAK terus mempelawa pemain yang menonton pada set pertama tadi untuk bermain menentangnya. Langsung tiada tanda-tanda kepenatan di muka WAK. Beliau kelihatan begitu bersemangat.

Sebaik sahaja tamat permainan, WAK menerima satu SMS. Wak membaca pesanan tersebut dan berehat bersama kami sambil membaca akhbar The Star. WAK kelihatan masih tidak puas walaupun telah bermain dua set. Tetapi disebabkan masih ada ramai lagi yang belum bermain, WAK terpaksa untuk memberi laluan. Itu hanayalah tanggapan kami.

'Masanya telah tiba' detik hati WAK. WAK memaklumkan kepada kami yang beliau begitu kepenatan dan tidak dalam keadaan terbaik untuk bermain. WAK meminta diri untuk pulang. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa WAK, kami pasrah dan membiarkan sahaja WAK berlalu

******************************************************************************************************************************************************

Wak turun ke pejabatnya untuk mandi sebelum PULANG. Sewaktu WAK mempersiapkan dirinya untuk PULANG, WAK menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi "WAK, saya ada lecture la hari ni. Tak ingat pulak. Ni pun room mate saya yang ingatkan. Sori ye WAK." WAK membalas pesanan ringkas tersebut dengan ayat yang berikut "OK. Saya tak kisah la WAK. Lecture sampai bila? Petang tak boleh jumpa ke?". WAK kemudiannya menerima balasan seperti berikut "OK WAK. Kalau dah habis lecture, saya bagitau WAK"

WAK seterusnya menghubungi kami untuk bertanyakan samada kami masih bermain. WAK memerlukan teman sementara menunggu petang. WAK naik ke Auditorium untuk berjumpa kami. Kami telah berhenti bermain sewaktu ketibaan WAK buat kali yang kedua ini. WAK cuba untuk melengah-lengahkan persiapan kami untuk pulang. Kami sendiri pada waktu itu tidak mengetahui apakah tujuan sebenar WAK.

Seperti selalunya, kami akan menutup aktiviti riadah ini dengan upacara menghisap rokok. WAK menyertai kami walaupun belaiau tidak menghisap rokok.

Tiba-tiba, telefon bimbit WAK berbunyi. WAK menjawab panggilan tersebut. Kami tidak begitu jelas dengan butiran perbincangan kerana WAK berkomunikasi menggunakan suara yang rendah (Untuk makluman, suara WAK adalah jauh lebih rendah dari suara Mendiang John apabila bercakap dengan isterinya). Selepas itu, WAK meminta diri dan terus meninggalkan kami. Kami tidak pasti ke mana WAK pergi kali ini.

Untuk dijadikan cerita, Fiverul baru shaja membeli alat perakan suara yang canggih. Beliau telah cuba membuat rakaman sewaktu WAK berkomunikasi. Kami masih gagal untuk mendengar perbualan WAK melalui rakaman tersebut. Kami terpaksa menguatkan gelombang menggunakan komputer untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Apa yang diperolehi setelah gelombang dikuatkan adalah cuma "OK WAK. Kita Jumpa kat CM" perbualan lain tidak dapat diperolehi disebabkan gangguan frekuensi.

Sekian, terima kasih

Saya yang mencoret
-WRR 4944-

Perkataan WAK

Salam, saya ingim sampai satu nukilan daripada kekawan saya, mungkin kita boleh berkongsi  bersama hehehehe

WAKKKK...datang nie ... hehehe

Dalam masyarakat JAWA, perkataan WAK membawa makna pakcik. Sebagai contohnya, Humairah memanggil pakciknya yang bernama Iwan dengan panggilan WAK Iwan. Begitu juga dengan membahasakan diri. Si Iwan ini tadi akan membahasakan dirinya sebagai WAK Iwan.

Contoh ayat:
"Humairah, WAK Iwan nak pergi kedai ni. Humairah nak ikut?"

Istilah WAK ini juga tergunapakai (akibat tempias) kepada kebanyakan masyarakat Johor. Sebagai contohnya jika seseorang itu kelihatan agak berumur (terutamanya jika mempunyai janggut) atau sudah mempunyai anak saudara, beliau sudah layak dipanggil dengan perkataan WAK.

Secara tak langsung atau langsung, perkataan WAK ini sudah boleh digunakan kepada Izwan Saufi Omar (bukan nama sebenar). Beliau berjanggut lebat dan sudah mempunyai anak saudara. Jadi, beliau sudah layak dipanggil WAK.

Demi menghormati WAK ini tadi, seseorang itu perlu membahasakan dirinya dengan perkataan saya (biasalah. bercakap dengan pakcik. kenalah guna perkataan 'saya').

Di bawah adalah beberapa contoh penggunaan WAK dan 'saya' untuk tatapan semua:
"WAK, saya salah tengok jadual la. Sebenarnya takde kelas hari ni."
"WAK, kita jumpa dekat Pasar Seni ek."
"Jangan lambat ye WAK. Saya dah tak sabar nak jumpa WAK."

Si WAK ini tadi juga membahasakan pasangannya dengan perkataan WAK. Contohnya:
"Kejap lagi saya sampai WAK. Tunggu ek."

Oleh sebab Izwan Saufi Omar (bukan nama sebenar) sudah memenuhi kriteria untuk dipanggil WAK seperti yang dinyatakan di atas, saya menyeru supaya semua berkomunikasi dengan beliau menggunakan perkataan WAK dan 'saya' 



nukilan -WRR 4944

Saturday, January 30, 2010

Kenduri Arwah di Kampung Api-Api

Hai , salam ... nak berkongsi suasana kenduri arwah di umah mak uda.. 




Mak ulong, Kak Uda dan Orang umah denggg tengah memotong daging


Sunday, January 24, 2010

Kursus Penilaian Tahap Kecekapan 3 PTK 3 Gred 44

Salam sejahtera semua,

Untuk pengetahuan semua, saya ingin berkongsi maklumat mengenai Kursus PTK ini dengan semua khususnya mereka yang ingin mengambil kursus PTK ini. Tapi kursus ini melibatkan pegawai2 bukan gunasama di Kementerian MOSTI yang telah disahkan dalam Gred 44.

bagaimana Penilaian dibuat.

Peserta akan dinilai melalui pelbagai aktiviti secara individu dan berkumpulan berdasarkan kepada kompetensi generik dan kompetensi fungsional. Penilaian akan dibuat oleh panel penilai yang dilantik.
Penilaian generik berasaskan pengucapan awam, group presentation, penilaian bertulis dan penilaian personaliti. Manakala penilaian kompetensi fungsional berasaskan kertas tugasan individu, penilaian pengurusan kerja dan kertas renungan. Contohnya

Aktiviti Penilaian PPK Bagi Gred 44 Kumpulan Perkhidmatan Tahap Generik Fungsional Kumpulan
Pengurusan dan Profesional (P&P) Gred 44 TK3

Generik
Pengucapan Awam (10%)
Group Presentation (30%)
Penilaian Bertulis (50%)
Penilaian Personaliti (10%)

Fungsional
Kertas Tugasan Individu (40%)
Penilaian Pengurusan Kerja (40%)
Kertas Renungan (20%)

Tempoh Penilaian adalah 5 hari