This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, November 23, 2010

Bacaan doa sebelum dan selepas baca A-Quran

Amalan membaca doa sebelum dan selepas mengaji quran amat lah baik kalu kita dapat amalkan. Sekurang2nya mohon doa dulu pada Allah sebelum memulai bacaan. Sesudah membaca Quran pula kita mohon dan berdoa lagi ke hadrat Allah Taala. Mohon agar Allah beri kelapangan dada menerima ilmu serta mohon hidayah dan petunjuk pada kita yang sentiasa berharap semata-mata hanya kepada-Nya.


Sebelum nak mula ngaji, elok amalkan membaca doa:

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmah-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



....diikuti dengan:yang bermaksud: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS Thaha 27)


Usai membaca Quran pula, elok pula amalkan membaca:


Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Raya TV3... Analisis lagi

Sumber dari blog : http://amazingnara.com/iklan-raya-tv3-macam-krismas


TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak.
Ini kerana iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan pelita.

Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

Cuba baca huraian tentang cerita disebalik iklan ini… Huraian ini diambil dari sumber blog Kalamul Haqq


Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan.

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?



Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.





Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.




1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran



Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).




1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

Pokok Krismas – Simbol Paganism
 
 
 
 
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.




1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian



Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)



1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.



Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.



1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.



Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.



1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan



Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.



1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.





Apa sebab perlu dipaparkan tulip dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Tulip ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah tulip Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.





Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..





Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..



Terima kasih kepada blog Kalamul Haqq untuk huraian ni…

Tuesday, August 31, 2010

Jabatan Bersama Bomba

Jabatan bersama Bomba




Pada bulan 8 lepas , Jabatan Meteorologi Malaysia  anjuran bahagian latihan telah mengadakan satu seminar keselamatan bersama pihak bomba Malaysia. Pada waktu ini la ramai hero-hero jabatan mengambil peluang menunjuk keberanian dan bakat menuruni tali dari tingkat 3 bangunan lama (Bahagian Alatan dan Penyelenggaraan)… Jom meh tgk gelagat mereka ye… gambar ini telah diambildari tingakat 5 Bangunan utama … Biasala tingkap di bahagian ICT boley dibuka hehehehe….




Ramai yang turun melihat aksi-aksi hero jabatan kite tuu..



Azman OA.. Mak aku tergayut nie... Tolong Mak!



banyak lagi gambar yang boleh dilihat di http://s795.photobucket.com/albums/yy239/udinho8/Bomba%20di%20JMM/.

Program ini telah menarik ramai staf-staf jabatan..  Yelah progmam ini lain-dari yang dahulu ... Yang dahulu kita aasyik berlatih fire drill lepasa itu berkumpul dilaman yang tidak seberapa besar di belakang bangunan latihan itu... Lepas ini mungkin kita dan Jabatan Bomba Malaysia boleh buat Flying Fox pulak ekk... Selamat menyambut ramadhan

Thursday, May 6, 2010

Anak



Gambar  Nawal Najihah 5 jam selepas dilahirkan



Amirul mukminin Ali Bin Abi Thalib SERING terlihat MENCIUM putra-putrinya, hingga salah seorang putri kecilnya yang usai dicium bertanya kepada beliau,

"Ayah, engkau mencintaiku ?"

lalu Ali bin Abi Thalib menjawab " "Ya",

dan sang putri bertanya kembali " Ayah, aku mengira bahwa tidak ada yang Engkau cintai selain Allah",

Imam Ali kemudian menunduk dipeluknya sang putri dan di cium kembali kening putrinya sambil berkata

"Wahai putriku, kecintaan (mahabbahj) adalah khusus bagi Allah, sementara kasih sayang (syafaqah) adalah berhubungan dengan anak-anak"



Imam Ja'far ash Shiddiq (cucu Rasulullah) berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda :" Allah akan mencurahkan rahmat-Nya kepada seorang ayah yang membantu anaknya agar berperilaku baik kepadanya," Seseorang bertanya kepada beliau SAW, Bagaimana cara membantunya ?" Rasulullah menjawab, "Membantu pekerjaan yang dilaksanakanya sesuai dengan kemampuanya, tidak membebani sang anak dengan pekerjaan yang melebihi kemampuanya, tidak menindasnya, dan tidak bersikap buruk padanya "



Di sertakan dengan gambar anak gue.. hehehe :)
 
 
 
 
 

Nyenyak tidur














Moyang mentakhnik Cicitnya

Kalau ingin melihat gambar selanjut boleh layari Gambar NAWAL.



 

Monday, March 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Ariff dan Rozalina


Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati


Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati

sumber dari http://istimewa2u.blogspot.com


Di bawah ada gambar orang kajicuaca yang turut memeriahkan majlis ariff...  Bagi en hisham kat perantau tu... Ariff adalah staff ICT tau... jom ok tgk2 gambar hehehe












Monday, March 22, 2010

Belon Di Putrajaya

Belon -belon terbang melayang, terbang melayang di tengah kota, Orang ramai sesaknya piang, meihat bangkul terapung melata lata... Wah ada pertunjukkan belon panas di Putrajaya..


Apa-apa pun tgk map dulu hehehe


Orang putih nie tak ajak pun naik hehehe

Hehehehe... Kita orang pergi jalan2 di putrajaya awal 8.00 pagi,.. Best sejuk dan mendung-mendung gituuu... tapi kita orang parking kita jauh bangat... sebab orang mulai ramai... Ok aku kongsikan gambar untuk tatapan bersama.


Belon nak naik tuuu... pak gurd jaga2 hehehe



Bini deng sempat lagi posing tuuu :)

So kalo nak tgk gambar lagi sila lawat laman ini

Sunday, March 21, 2010

Tangki sudah siap .. ehehehe

Hah.. tangki air baru sudah siap dipasang.... tapi kerja2 menaik taraf ini makan belanja jugak.. RM 800 ringgit tau... Boley tahan mahalnya...

Sunday, March 7, 2010

Umah Deng Bocor...


Salam,

Pada hari sabtu 6hb Mac lepas, aku telah membaiki tangki air di umah. Tangki air bocor la...Namun tak berjaya sebab bocor balik.. banjir rumah aku huhuhu... Sebenarnya Tangki air umah aku sudah lama bocor dan  aku dah panjat dan tampal tempat  yang bocor tuuu 4 bulan lepas.. Tapi tempat tu boooccor balik... Jiran aku kata aku kene ganti je tangki baru... Sebab tampal pun tak guna sebab dia akan bocor kembali... Hmmmm tapi aku dah kira anggran kos nya.. tinggiiii oooohuhuuhu... Banyak kali aku dah cuba betulkan guna silikon la dan sejenis bahan berjenama Hardex (seakan tanah liat)... tak jadi la... huhuhu..



Abis pakir deng rosak



uuuhhhYYyyyoooo banyaknya air