Monday, February 8, 2010

Wak Jawa datang lagi...

WAK SAYA WAK


Pada hari Sabtu hari yang lalu, kami (Fairul, Filus & Fiverul) bermain badminton di Auditorium. Aktiviti yang dirancang cuma bermula pada jam 9.30 pagi. Semua orang menantikan kehadiran WAK (pemain terhandal di kalangan kami). Tetapi malngnya tiada seorang pun daripada kami yang mengetahui status akan kehadiran WAK. Lebih kurang pada jam 10.30 WAK tiba dengan membawa sehelai tuala kecil. Kami tertanya-tanya apakah tujuan WAK membawa tuala itu bersamanya tetapi persoalan itu akhirnya hilang kerana kami begitu teruja untuk menyaksikan WAK yang hebat beraksi. Saat yang dinantikan tiba. WAK masuk ke gelanggang untuk beraksi. Sebaik sahaja set pertama tamat, WAK terus mempelawa pemain yang menonton pada set pertama tadi untuk bermain menentangnya. Langsung tiada tanda-tanda kepenatan di muka WAK. Beliau kelihatan begitu bersemangat.

Sebaik sahaja tamat permainan, WAK menerima satu SMS. Wak membaca pesanan tersebut dan berehat bersama kami sambil membaca akhbar The Star. WAK kelihatan masih tidak puas walaupun telah bermain dua set. Tetapi disebabkan masih ada ramai lagi yang belum bermain, WAK terpaksa untuk memberi laluan. Itu hanayalah tanggapan kami.

'Masanya telah tiba' detik hati WAK. WAK memaklumkan kepada kami yang beliau begitu kepenatan dan tidak dalam keadaan terbaik untuk bermain. WAK meminta diri untuk pulang. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa WAK, kami pasrah dan membiarkan sahaja WAK berlalu

******************************************************************************************************************************************************


Wak turun ke pejabatnya untuk mandi sebelum PULANG. Sewaktu WAK mempersiapkan dirinya untuk PULANG, WAK menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi "WAK, saya ada lecture la hari ni. Tak ingat pulak. Ni pun room mate saya yang ingatkan. Sori ye WAK." WAK membalas pesanan ringkas tersebut dengan ayat yang berikut "OK. Saya tak kisah la WAK. Lecture sampai bila? Petang tak boleh jumpa ke?". WAK kemudiannya menerima balasan seperti berikut "OK WAK. Kalau dah habis lecture, saya bagitau WAK"

WAK seterusnya menghubungi kami untuk bertanyakan samada kami masih bermain. WAK memerlukan teman sementara menunggu petang. WAK naik ke Auditorium untuk berjumpa kami. Kami telah berhenti bermain sewaktu ketibaan WAK buat kali yang kedua ini. WAK cuba untuk melengah-lengahkan persiapan kami untuk pulang. Kami sendiri pada waktu itu tidak mengetahui apakah tujuan sebenar WAK.

Seperti selalunya, kami akan menutup aktiviti riadah ini dengan upacara menghisap rokok. WAK menyertai kami walaupun belaiau tidak menghisap rokok.

Tiba-tiba, telefon bimbit WAK berbunyi. WAK menjawab panggilan tersebut. Kami tidak begitu jelas dengan butiran perbincangan kerana WAK berkomunikasi menggunakan suara yang rendah (Untuk makluman, suara WAK adalah jauh lebih rendah dari suara Mendiang John apabila bercakap dengan isterinya). Selepas itu, WAK meminta diri dan terus meninggalkan kami. Kami tidak pasti ke mana WAK pergi kali ini.

Untuk dijadikan cerita, Fiverul baru shaja membeli alat perakan suara yang canggih. Beliau telah cuba membuat rakaman sewaktu WAK berkomunikasi. Kami masih gagal untuk mendengar perbualan WAK melalui rakaman tersebut. Kami terpaksa menguatkan gelombang menggunakan komputer untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Apa yang diperolehi setelah gelombang dikuatkan adalah cuma "OK WAK. Kita Jumpa kat CM" perbualan lain tidak dapat diperolehi disebabkan gangguan frekuensi.

Sekian, terima kasih

Saya yang mencoret
-WRR 4944-

5 comments:

oi! sape WAK?
tak paham lah cite nih :P

sape lak yg ko ngumpat nih din...

dinasihatkan jangan sesiapa mandai2 nak memahami cerita ini... ini adalah disebabkan encik udin memberikan cerita yang sesiapa pun tidak boleh faham, termasuk la encik udin sendiri...

hahahaa...

cite memang bangang..ntah haper2 ntah...saper lah yg budus menulis n tolong mengepost kan sini...fitnah tu dosa lah wei...

korang cerita ni mmg betol, kan WAK???

There was an error in this gadget