Monday, March 29, 2010

Selamat Pengantin Baru Ariff dan Rozalina


Masak mi wap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati


Ke Seberang Takir membeli cermin
Beli ikan dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas

Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar

Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul

Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati

sumber dari http://istimewa2u.blogspot.com


Di bawah ada gambar orang kajicuaca yang turut memeriahkan majlis ariff...  Bagi en hisham kat perantau tu... Ariff adalah staff ICT tau... jom ok tgk2 gambar hehehe












2 comments:

x larat aku nk bace pantun ko tuh :P

baru nak tanya sape dia ni....tengok2 dah bagi jawapan!!!

There was an error in this gadget